The best product for the best person only...

Wednesday, 16 January 2013

Produk Tabita

Facial Soap. Sabun berbentuk liquid atau cecair yang dapat membersihkan wajah serta leher dari sebarang kekotoran dan ia sekaligus dapat menganjalkan kulit wajah. Facial Soap ini mengandung ekstrak betik. Penggunaan secara berterusan akan menjadikan kulit wajah anda lebih cerah dari masa ke semasa. Apabila ia disimpan di tempat yang bersuhu dingin, anda akan mendapati tekstur facial soap ini seperti berserat-serat dan bergumpal-gumpal. Ini adalah disebabkan oleh bahan yang digunakan adalah dari sumber alam semulajadi iaitu ekstrak betik. Apabila terjadi penggumpalan seperti ini, anda boleh merendam facial soap ini ke dalam gelas yang berisi air panas atau suam untuk beberapa dan ia akan kembali mencair.
Smooth Lotion. Smooth Lotion berfungsi sebagai pembersih lanjutan bagi kulit anda. Setelah kekotoran yang terdapat pada permukaan kulit anda dibersihkan oleh Facial Soap, Smooth Lotion pula akan bertindak membersihkan sisa-sisa kekotoran yang sudah lama menempek di permukaan kulit wajah anda. Dengan menggunakan Smooth Lotion, kekotoran 'degil' itu dapat dibersihkan dan menjadikan kulit wajah anda lebih cerah. Jika anda mempunyai jerawat, Smooth Lotion akan membantu mengeringkan jerawat pada kulit.
Day Cream. Day Cream merupakan krim siang yang digunakan pada waktu pagi sehingga petang bagi melindungi kulit wajah anda dari pancaran sinar matahari. Ia dapat menghilangkan bintik-bintik hitam dan seterusnya merejuvinasikan kulit wajah. Ia berfungsi sebagai sunblock SPF 30 yang dapat melindungi kulit wajah dan sekaligus mengelakkan kulit wajah menjadi kusam dan berpigmentasi.
Night Cream. Night Cream digunakan pada malam hari untuk memutihkan kulit wajah dan leher anda. Ia juga dapat menghilangkan kerutan yang terdapat di sekitar wajah dan mengecilkan pori pori. Night Cream mengandungi ekstrak pepaya, vitamin A, vitamin C dan vitamin E serta benzoyl. Vitamin A membantu mengeringkan jerawat dan menstabilkan kondisi kulit. Vitamin C dapat mencerahkan dan menjadikan kulit putih merona manakala Vitamin E pula dapat menghaluskan dan meremajakan kulit. Benzoyl yang selamat digunakan pada kulit wajah dapat mengeringkan jerawat sehingga ke lapisan kulit yang dalam,memperbaiki struktur bahagian dalaman kulit dan menstabilkan jaringan lemak yang menyebabkan punca jerawat.
Special Cream. Special Cream Tabita Skincare ini adalah krim rawatan lanjutan (advance) yang digunakan sebagai pengganti Night Cream setelah anda menggunakan set perawatan biasa selama 3 bulan iaitu setelah kulit wajah anda benar-benar halus, bersih dan cantik. Krim ini kaya dengan Vitamin E, vitamin terbaik untuk anti penuaan dengan kandungan antioksida yang cukup tinggi. Penggunaan Special Cream ini akan menjadikan kulit wajah anda sentiasa awet muda, melambatkan proses penuaan pramatang seperti kemunculan garis-garis halus, kedutan dan kerutan. Ia hanya digunakan 2 kali seminggu sahaja sebagai pengganti kepada Night Cream. Bagi mereka yang berumur 35 ke atas, krim ini sangat ampuh untuk menganjalkan, melembutkan dan melembapkan kulit wajah anda.
Matt Finishing. Matt Finishing Tabita Skincare adalah bedak cair (liquid) dengan tekstur seperti foundation atau bedak asas. Ia tidak melekit-lekit seperti liquid foundation kosmetik yang lain. Setelah menggunakan Matt Finishing, anda tidak perlu lagi menggunakan loose powder. Penggunaan Matt Finishing Tabita Skincare sangat praktikal dan memuaskan.
Face Powder. Face Powder Tabita SkinCare ini tersedia dalam satu warna (natural) sahaja. Ia menyatu dengan kulit wajah anda walaupun warna kulit wajah anda putih, putih kekuningan, sawo matang, dan sebagainya. Tekstur bedak ini sangat ringan, tidak menyumbat pori-pori dan boleh digunakan setiap hari.
Body Scrub. Body Scrub Tabita ini dapat membersihkan kulit yang kusam, mengeluarkan daki-daki serta tempekan-tempekan kulit mati yang degil pada seluruh kulit tubuh anda. Ia hanya digunakan sebanyak 2 kali seminggu sahaja. Penggunaan secara rutin akan menjadikan kulit tubuh anda gebu, halus, bersih, sihat dan segar. Untuk langkah-langkah penjimatan, skrub ini juga boleh dicampurkan dengan skrub-skrub organik atau natural lain bagi mendapatkan hasil yang lebih mantap.
Eye Cream. Eye Cream Tabita Skincare adalah produk perawatan mata yang berfungsi sebagai pelembab yang dapat mencerahkan serta menganjalkan kulit di sekitar kawasan mata, menghilangkan kedutan dan kantung mata (eye bag). Tekstur Eye Cream ini seperti agar-agar atau gel. Ia sengaja dihasilkan bertekstur sedemikian bagi memudahkan proses penyerapan. Anda hanya menyapu krim tersebut di sekitar kawasan lingkaran bawah dan kelopak mata.
Hand & Body Lotion. Hand & Body Lotion Tabita Skincare dapat melembut dan menjaga kelembaban kulit anda. Digunakan 2 kali sehari seusai mandi dengan menyapu ke seluruh kulit tubuh termasuk kaki dan tangan. Penggunaan secara rutin akan menjadikan kulit tubuh, kaki dan tangan anda putih, halus, lembut, lembap dan tidak bersisik.
Acne Cream. Acne Cream Tabita Skincare digunakan untuk merawat, menghilang dan mencegah jerawat muncul kembali. Hanya digunakan 1 kali sehari sahaja dengan menyapu secara menipis ke atas jerawat iaitu setelah menggunakan Night Cream. Ia juga berfungsi untuk memudarkan bekas-bekas dan parut-parut jerawat.
Serum Vitamin E. Serum Vitamin E Tabita Skincare ini dihasilkan dari Vitamin E semulajadi yang dapat memberikan nutrisi sepenuhnya kepada kulit wajah, sekaligus menjadikan wajah tampak lebih remaja dan anjal. Cara penggunaan Serum Vitamin E ialah:
Gunakan pada saat anda berada di rumah. Cuci wajah dengan Facial Soap dan setelah itu bilas sehingga bersih. Keringkan wajah lalu pakai serum selama lebih kurang 2 jam lamanya. Setelah 2 jam bilas dengan air dan baru gunakan krim (Day Cream atau Night Cream)- bergantung kepada waktu anda menggunakannya. Perawatan ini dilakukan maksimum 4 kali dalam seminggu sahaja.

No comments:

Post a Comment