The best product for the best person only...

Thursday, 24 January 2013

Testimoni 3

SEBELUM
SELEPAS
NOTA: Sebagai wanita berkerjaya dan ibu kepada seorang cahayamata, Alyza, seorang pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan sentiasa sibuk. Dia memiliki jenis kulit yang sensitif. Bertugas di awan biru memerlukan seorang pramugari sentiasa berketerampilan anggun dan menarik serta harus memiliki kulit wajah yang bersih dan sihat. Masalah jerawat yang dihadapi oleh beliau sangat merisaukan dirinya (lihat gambar sebelum). Pelbagai usaha telah beliau lakukan seperti mendapatkan rawatan di pusat-pusat perawatan wajah, spa dan membelanjakan ribuan ringgit membeli produk penjagaan kulit yang terkenal seperti SK* yang dikatakan produk premium dan bagus. Hasil penggunaan produk tersebut ternyata tidak menyelesaikan masalah kulitnya. Setelah diperkenalkan dengan produk Tabita Skincare oleh Arman Tabita, dalam masa hanya 1 bulan kulit wajahnya kembali licin, putih dan gebu. Tiada lagi masalah jerawat, bekas-bekas jerawat dan bintik-bintik hitam di wajah Alyza. Kudos and a million thank to flight stewardess Alyza for giving me your honest support. You look stunning and drop dead gorgeous gal!

Wednesday, 23 January 2013

Pengedar .....di cari!!!!

Arman Tabita mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar rasmi Tabita Skincare yang asli. Syarat-syarat untuk menjadi pengedar Tabita Skincare adalah dengan membeli sekurang-kurangnya 6 set Tabita Skincare.
Harga? Bagi mereka-mereka yang berminat menjadi pengedar, Arman Tabita menawarkan harga yang sangat kompetitif. Sila hubungi pihak Arman Tabita seperti yang tertera di laman hadapan (contact) blog.
Together our secret is beautiful...

Promosi

Bersempena dengan pelancaran rasmi laman blog Arman Tabita, pihak kami menawarkan pakej promosi hebat untuk setiap pembelian set Tabita Skincare Eksklusif dengan pemberian hadiah misteri secara PERCUMA. First come first serve....siapa cepat dia dapat....

Tuesday, 22 January 2013

Testimoni 2

SEBELUM
SELEPAS
NOTA: Terima kasih kepada Azahari Ahmad dari Sepang yang telah sudi berkongsi gambar beliau dengan Arman Tabita untuk testimoni Tabita Skincare. Perubahan ketara dapat dilihat pada wajah Azahari hanya setelah 3 minggu menggunakan produk Tabita Skincare. Wajah Azahari jelas kelihatan putih, gebu, warna tona kulit sekata dan bebas cela-cela wajah.
Mengapa anda perlu membazir wang untuk kelihatan cantik manawan! Dengan menggunakan Tabita Skincare, anda tidak perlu lagi menggunakan foundation atau alat solek yang lain setiap hari... Tabita Skincare membantu merawat, memelihara dan menjaga kulit anda agar sentiasa kelihatan sihat,halus,cerah,dan menawan...
Together our secret is beautiful...

Friday, 18 January 2013

Tabita Skincare Asli vs Tiruan.

Arman Tabita hanya menjual set Tabita Skincare yang 100% Asli. Jangan mudah tergoda dengan Tabita Skincare yang ditawarkan pada harga yang murah oleh mana-mana pengedar. Produk Tabita Skincare tiruan bukan sahaja mengandungi merkuri dan hydroquinone tetapi boleh menyebabkan wajah pengguna mengalami kerosakan teruk seperti kanser kulit, kulit wajah menjadi hitam (terbakar) dan kusam, pigmentasi yang teruk dan dalam kes-kes tertentu boleh menyebabkan keguguran dan kematian.
Logo tulisan pada Tabita Skincare dan gambar bunganya bersambung dan berhologram manakala yang tiruan tulisan dan gambarnya terpisah. Penutup Tabita Skincare Eksklusif berwarna putih mutiara dan berkilat sedangkan yang tiruan penutupnya berwarna oren atau pink.
Tekstur Day Cream Tabita Skincare Asli berwarna kuning cerah manakala yang Tiruan pula berwarna kuning keruh. Night Cream yang Asli berwarna putih susu manakala yang tiruan berwarna putih kekuningan. Perbezaan lain pula adalah penutup botol Facial Soap berwarna putih transparen manakala yang tiruan berwarna putih suram. Di bawah botol Smooth lotion tertera tulisan Ls sedangkann yang tiruan tertera tulisan TbT.

Set Regular dan Eksklusif Tabita Skincare

Set Regular Tabita Skincare adalah: Facial soap, Smooth lotion( toner), Daily cream (25gram), Night cream (25gram). NOTA: Penggunaan untuk 2-3 bulan.
Set Eksklusif Tabita Skincare adalah: Facial soap, Smooth lotion (toner), Daily cream (40gram), Night cream (40gram). NOTA: Penggunaan untuk lebih dari 3 bulan.

Testimoni 1

Arman Tabita ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wahida Othman yang sudi berkongsi gambar beliau sebelum dan selepas penggunaan produk Tabita Skincare. TESTIMONI 1
NOTA . Perubahan ketara dapat dilihat pada wajah Wahida selepas 2 bulan menggunakan produk Tabita Skincare. Kulit wajah Wahida lebih halus, gebu, licin dan putih berbanding sebelum menggunakan Tabita Skincare yang asli. You are so beautiful gal! Million thanx for your support.

FAQ Tabita Skincare.

Apakah Tabita Skincare sesuai untuk jenis kulit saya? Tabita skin care sangat sesuai untuk segala jenis kulit.
Apakah Tabita Skincare selamat untuk digunakan? Tabita SkinCare sangat selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia TIDAK MENGANDUNG BAHAN-BAHAN BERBAHAYA seperti HYDROQUINON dan MERCURY yang boleh menyebakan kanser kulit.
Apakah Tabita Skincare membuat kebergantungan penggunaannya? Produk TABITA tidak menyebabkan kebergantungan. Ini terbukti kepada ramai pengguna produk TABITA yang menghentikan penggunaan produk dalam beberapa bulan dan ternyata kulit mereka tetap halus, bersih, gebu dan cantik. Justeru itu kini mereka lebih yakin bahawa TABITA adalah produk yang selamat, alami dan berkualiti tinggi.
Apakah kandungan utama Tabita Skincare? Tabita Skincare adalah produk kecantikan yang menggunakan ekstrak betik sebagai bahan utama. Sejak sekian lama ekstrak betik telah diketahui umum tentang khasiat dan manfaatnya untuk mengatasi masalah pigmentasi kulit dan mampu mencerahkan kulit. Tabita Skincare juga mengandungi pelbagai vitamin, seperti vitamin A, C dan E. Untuk pengetahuan, Vitamin A, C dan E adalah vitamin terbaik untuk kulit dan ia telah dikaji dan diakui sendiri oleh pakar-pakar dermatologi tempatan mahupun antarabangsa.
Apakah kesan-kesan yang timbul semasa penggunaan Tabita Skincare? Pada minggu pertama penggunaan, muka akan terasa sedikit pedih, tegang, gatal, dan diikuti dengan pengelupasan (dalam tempoh 10 – 20 hari). Anda di LARANG sama sekali menggaru dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan kulit wajah luka.
Apabila terasa pedih atau gatal, cukup dengan hanya menekan secara perlahan-lahan dengan menggunakan tisu atau kapas yang bersih dan lembut. Pemakaian produk harus tetap diteruskan. Setelah berlaku pengelupasan di wajah secara automatik rasa pedih dan gatal tersebut akan hilang dengan sendiri. Pengelupasan biasanya agak lama di sekitar hidung dan mulut. Hal ini disebabkan oleh pori-pori di kawasan tersebut lebih besar dan banyak berbanding kawasan wajah yang lain. Setelah minggu ke 4 dan ke 5, anda akan dapat merasakan perubahan yang drastik seperti pori-pori mengecil, lebih gebu dan putih berbanding sebelumnya. NOTA: Anda tidak digalakkan menggunakan sebarang kosmetik atau produk perawatan wajah yang lain semasa tempoh perawatan bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat dan maksimum.

Thursday, 17 January 2013

Cara-cara penggunaan Tabita Skincare

Setiap produk yang dihasilkan sudah tentu memiliki cara-cara penggunaan yang harus bersesuaian dengan spesifikasi pengeluar. Untuk itu setiap produk biasanya dilengkapi dengan risalah penggunaan atau brosur-brosur. Permasalahan sering timbul kerana pengguna tidak membaca arahan terlebih dahulu tentang cara-cara penggunaan Tabita Skincare yang betul. Jika mengikuti arahan-arahan yang diberikan seperti mana yang terdapat di dalam brosur, hasil penggunaan Tabita Skincare akan kelihatan lebih berkesan di wajah anda dalam kadar waktu yang lebih cepat. Malah dengan cara penggunaan yang betul, pengguna juga dapat menjimatkan produk Tabita Skincare untuk tempoh selama 3 bulan lamanya. Cara penggunaan Tabita Skincare yang betul, baik Day atau Night Cream adalah dengan cara menyapu krim tersebut dengan nipis dan merata ke seluruh wajah dan leher BUKAN menyapunya dengan tebal. Ada yang sering beranggapan kalau menyapu dengan tebal, hasilnya akan menjadi lebih cepat. Ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna-pengguna produk perawatan wajah.
Cuci wajah anda dengan Facial Soap (gunakan hanya sebesar duit syiling 10sen sahaja). Lap wajah anda sehingga kering. Kemudian sapukan Smooth Lotion ke seluruh wajah dan leher secara menipis dan merata. Siang - selepas melakukan dua langkah yang diatas, gunakan Day Cream dengan menyapu ke seluruh wajah dan leher secara meipis dan merata. Malam - seperti langkah yang ketiga, sapukan Night Cream ke seluruh wajah dan leher secara menipis dan merata.

Wednesday, 16 January 2013

Produk Tabita

Facial Soap. Sabun berbentuk liquid atau cecair yang dapat membersihkan wajah serta leher dari sebarang kekotoran dan ia sekaligus dapat menganjalkan kulit wajah. Facial Soap ini mengandung ekstrak betik. Penggunaan secara berterusan akan menjadikan kulit wajah anda lebih cerah dari masa ke semasa. Apabila ia disimpan di tempat yang bersuhu dingin, anda akan mendapati tekstur facial soap ini seperti berserat-serat dan bergumpal-gumpal. Ini adalah disebabkan oleh bahan yang digunakan adalah dari sumber alam semulajadi iaitu ekstrak betik. Apabila terjadi penggumpalan seperti ini, anda boleh merendam facial soap ini ke dalam gelas yang berisi air panas atau suam untuk beberapa dan ia akan kembali mencair.
Smooth Lotion. Smooth Lotion berfungsi sebagai pembersih lanjutan bagi kulit anda. Setelah kekotoran yang terdapat pada permukaan kulit anda dibersihkan oleh Facial Soap, Smooth Lotion pula akan bertindak membersihkan sisa-sisa kekotoran yang sudah lama menempek di permukaan kulit wajah anda. Dengan menggunakan Smooth Lotion, kekotoran 'degil' itu dapat dibersihkan dan menjadikan kulit wajah anda lebih cerah. Jika anda mempunyai jerawat, Smooth Lotion akan membantu mengeringkan jerawat pada kulit.
Day Cream. Day Cream merupakan krim siang yang digunakan pada waktu pagi sehingga petang bagi melindungi kulit wajah anda dari pancaran sinar matahari. Ia dapat menghilangkan bintik-bintik hitam dan seterusnya merejuvinasikan kulit wajah. Ia berfungsi sebagai sunblock SPF 30 yang dapat melindungi kulit wajah dan sekaligus mengelakkan kulit wajah menjadi kusam dan berpigmentasi.
Night Cream. Night Cream digunakan pada malam hari untuk memutihkan kulit wajah dan leher anda. Ia juga dapat menghilangkan kerutan yang terdapat di sekitar wajah dan mengecilkan pori pori. Night Cream mengandungi ekstrak pepaya, vitamin A, vitamin C dan vitamin E serta benzoyl. Vitamin A membantu mengeringkan jerawat dan menstabilkan kondisi kulit. Vitamin C dapat mencerahkan dan menjadikan kulit putih merona manakala Vitamin E pula dapat menghaluskan dan meremajakan kulit. Benzoyl yang selamat digunakan pada kulit wajah dapat mengeringkan jerawat sehingga ke lapisan kulit yang dalam,memperbaiki struktur bahagian dalaman kulit dan menstabilkan jaringan lemak yang menyebabkan punca jerawat.
Special Cream. Special Cream Tabita Skincare ini adalah krim rawatan lanjutan (advance) yang digunakan sebagai pengganti Night Cream setelah anda menggunakan set perawatan biasa selama 3 bulan iaitu setelah kulit wajah anda benar-benar halus, bersih dan cantik. Krim ini kaya dengan Vitamin E, vitamin terbaik untuk anti penuaan dengan kandungan antioksida yang cukup tinggi. Penggunaan Special Cream ini akan menjadikan kulit wajah anda sentiasa awet muda, melambatkan proses penuaan pramatang seperti kemunculan garis-garis halus, kedutan dan kerutan. Ia hanya digunakan 2 kali seminggu sahaja sebagai pengganti kepada Night Cream. Bagi mereka yang berumur 35 ke atas, krim ini sangat ampuh untuk menganjalkan, melembutkan dan melembapkan kulit wajah anda.
Matt Finishing. Matt Finishing Tabita Skincare adalah bedak cair (liquid) dengan tekstur seperti foundation atau bedak asas. Ia tidak melekit-lekit seperti liquid foundation kosmetik yang lain. Setelah menggunakan Matt Finishing, anda tidak perlu lagi menggunakan loose powder. Penggunaan Matt Finishing Tabita Skincare sangat praktikal dan memuaskan.
Face Powder. Face Powder Tabita SkinCare ini tersedia dalam satu warna (natural) sahaja. Ia menyatu dengan kulit wajah anda walaupun warna kulit wajah anda putih, putih kekuningan, sawo matang, dan sebagainya. Tekstur bedak ini sangat ringan, tidak menyumbat pori-pori dan boleh digunakan setiap hari.
Body Scrub. Body Scrub Tabita ini dapat membersihkan kulit yang kusam, mengeluarkan daki-daki serta tempekan-tempekan kulit mati yang degil pada seluruh kulit tubuh anda. Ia hanya digunakan sebanyak 2 kali seminggu sahaja. Penggunaan secara rutin akan menjadikan kulit tubuh anda gebu, halus, bersih, sihat dan segar. Untuk langkah-langkah penjimatan, skrub ini juga boleh dicampurkan dengan skrub-skrub organik atau natural lain bagi mendapatkan hasil yang lebih mantap.
Eye Cream. Eye Cream Tabita Skincare adalah produk perawatan mata yang berfungsi sebagai pelembab yang dapat mencerahkan serta menganjalkan kulit di sekitar kawasan mata, menghilangkan kedutan dan kantung mata (eye bag). Tekstur Eye Cream ini seperti agar-agar atau gel. Ia sengaja dihasilkan bertekstur sedemikian bagi memudahkan proses penyerapan. Anda hanya menyapu krim tersebut di sekitar kawasan lingkaran bawah dan kelopak mata.
Hand & Body Lotion. Hand & Body Lotion Tabita Skincare dapat melembut dan menjaga kelembaban kulit anda. Digunakan 2 kali sehari seusai mandi dengan menyapu ke seluruh kulit tubuh termasuk kaki dan tangan. Penggunaan secara rutin akan menjadikan kulit tubuh, kaki dan tangan anda putih, halus, lembut, lembap dan tidak bersisik.
Acne Cream. Acne Cream Tabita Skincare digunakan untuk merawat, menghilang dan mencegah jerawat muncul kembali. Hanya digunakan 1 kali sehari sahaja dengan menyapu secara menipis ke atas jerawat iaitu setelah menggunakan Night Cream. Ia juga berfungsi untuk memudarkan bekas-bekas dan parut-parut jerawat.
Serum Vitamin E. Serum Vitamin E Tabita Skincare ini dihasilkan dari Vitamin E semulajadi yang dapat memberikan nutrisi sepenuhnya kepada kulit wajah, sekaligus menjadikan wajah tampak lebih remaja dan anjal. Cara penggunaan Serum Vitamin E ialah:
Gunakan pada saat anda berada di rumah. Cuci wajah dengan Facial Soap dan setelah itu bilas sehingga bersih. Keringkan wajah lalu pakai serum selama lebih kurang 2 jam lamanya. Setelah 2 jam bilas dengan air dan baru gunakan krim (Day Cream atau Night Cream)- bergantung kepada waktu anda menggunakannya. Perawatan ini dilakukan maksimum 4 kali dalam seminggu sahaja.

Tuesday, 15 January 2013

Tabita Skincare adalah rahsia kecantikan para artis di Indonesia dan Malaysia. Ia dihasilkan khusus untuk merawat wajah dan diperbuat daripada ekstrak bahan-bahan alam semulajadi seperti Kolagen serbuk mutiara, Teh Jepun, Betik Jepun, Vitamin C dan Vitamin E. Ia tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERKURI dan HYDROQUINON yang dapat menyebabkan kanser kulit. Produk skincare yang mengandungi MERKURI/HYDROQUINON akan menyebabkan wajah pengguna kemerah-merahan. Mereka juga tidak boleh terdedah kepada pancaran sinar matahari semasa tempoh penggunaan. TIDAK kepada Tabita. Ia selamat digunakan walaupun pengguna terdedah kepada pancaran sinar matahari. Tabita skincare sesuai digunakan oleh setiap jenis kulit, baik berminyak, berjerawat, bermasalah atau sensitif. Tabita skincare, produk yang berasaskan bahan-bahan dari alam semulajadi ini jauh berkualiti dengan harga mampu milik berbanding dengan produk-produk skincare yang berjenama dan terkenal lain. Produk-produk yang dikatakan premium dengan kempen pengiklanan 'super hebat' tersebut hanyalah sekadar indah kabar dari rupa. Harganya pula sudah tentu super premium. Apa yang cukup istimewa tentang produk Tabita ini ia sangat berbaloi dari segi harga dan sangat menjimatkan dari segi tempoh penggunaanya. 1 set produk Tabita boleh digunakan untuk tempoh selama 3 bulan lamanya. Kesan pemakaian akan dapat dilihat dalam tempoh 3 minggu sahaja. Selepas 3 minggu, pengguna akan mendapati kulit wajah mereka akan berseri-seri, putih, gebu, pori-pori mengecil, bekas jerawat akan pudar dan kulit sangat halus serta lembut.

Tabita - "Together our secrets is beautiful"